Berikut merupakan maksud doa qunut dalam rumi :
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah
Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah
hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku
daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau
sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan
sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang
memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah
memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau
sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan
aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad,
Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Berikut merupakan bacaan doa qunut dalam rumi :
Allah humah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Wa-astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi
wasahbihi wasalam.
No comments:
Post a Comment